Jangan Memaksa dan Jangan Berleter
25/10/2011 19:34
-
Sebagai guru Prasekolah, jangan memarahi murid Prasekolah anda sekiranya ada di kalangan mereka tidak memberi tumpuan selepas hanya 5 minit anda berkata-kata kerana bukan mereka tidak mahu mendengar, tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian.
-
Otak kanak-kanak belum bersedia dengan aktiviti yang memerlukan mereka untuk duduk dan memberi tumpuan serta fokus terhadap setiap kata-kata anda dalam tempoh yang agak lama.
-
Dalam keadaan ini, kanak-kanak memproses maklumat yang mereka terima dengan agak perlahan dan mereka menggunakan tenaga yang banyak dalam melakukannya.
-
Kita sendiri sebagai orang dewasa akan merasa cukup letih apabila melakukan kerja yang memerlukan kita berfikir sepanjang hari.
-
Dengan memaksa kanak-kanak ini untuk duduk dan mendengar kata-kata anda, sebenarnya anda meletakkan mereka dalam risiko menghapuskan terus semangat semulajadi mereka untuk belajar terutamanya yang berkaitan dengan Sains.